Siapa nak follow saya ? angkat kening. hehe. follow jee lahh.

Annyeong Chinggu ? Terima kasih kerana membaca blog pink saya ni :)

Thursday, December 30, 2010

yee ? betul ke ? ehh aku tak pecaya lahh ...

hari ini, 30hb duabelas 2010. hari ini aku amat teramat happy sangat. ish ! macam dalam mimpi pulak erk. memang buat kan aku tak pecaya lahh and tak disangka-sangka yang aku bersama dengan dia lagi. huhu^^. nak tahu tak apa yang aku maksudkan and siapa orangnya. esh ! mesti korang kenal dia kan ? takpe2. aku bagi tau erk. camni ceritanya...  
diwaktu subuh yang agak sejuk. emm. tak lah berapa sejuk sangat. biasalah, waktu subuh. waktu tuhh aku sedang lena tidur dibuai mimpi. tidur mati agaknya. hehe. tiba2, mimpi aku tersangkut pulak apabila terdengar suara yang memanggil aku dengan nada yang kasar !"pina ! ooo.. pina ! bangun nak. solat subuh." datang satu suara yang selalu penah aku dengar secara tiba2."eshh, suara tuhh macam penah aku dengar jekk. tapi kat mana erk empunya suara tuhh ?"  
"pinaaaa ! bangun naakk... !! solat subuuhhhh... !!"  secara automatik. aku bangun cepat2 dengan mukanya yang blur, mulutnya muncung sedepa, rambutnya yang serabai, and jalan terhuyung-hayang. heyy. apalahh nak jadi dengan anak dara hairudin nihh. wake up arfa ! jangan layan sangat mata tuhh. syaitan tuhh ! kang lambat solat subuh dapat ceramah free lagi kang. kan susah. dok jek tengok muka orang yang ceramah tuhh. haha^^.  
"yeelaaa.. neneeekk.. pina bangun laa nii.." dengan nada suara yang orang baru bangun tidur. "hah. cam tuhh la cucu nenek."  tepat jam 10.40pagi.. aku sedang sibuk mengemas rumah. tolong nenek aku buat tuhh, buat nihh untuk persediaan perkahwinan mak cik aku yang akan dilangsungkan pada hari sabtu, 1hb jan 2011.
aku buat kerja2 menolong nihh lepas aku solat subuh lah. tuhh yang kena dikejutkan. hmm. time tuhh, aku asyik monyok jekk. coz, hari ni tarikh pendaftaran sekolah menengah. 'aku tak sama kelas dengan dia. aku takut dia lupakan aku :'(. ohh ! tak mungkin ! astaghfirrullahalazim. apa yang aku merepek nihh ? argh ! tak mungkin dia buat macam tuhh at aku !' bisik hati aku yang amat sedih tuhh. 
tiba2, satu meseg masuk.  
aku bergerak untuk mencapai handphone torchlight dengan rasa malas and jari pun menekan butang untuk membaca isi meseg tuhh. aku membaca isi meseg tuhh mata aku terkebil-kebil. rasa malas nak baca. tapi, aku paksa.  
"arfa. kita 1 kelas lahh. :) from saleha"  
setelah aku membaca meseg tersebut. mata aku mula segar and aku mulalah buat perangai. terkinja sana, terkinja sini. jerit sana, jerit sini. sampai kena marah pon ada. kesian kan. haha^^. perangai macam budak2 lahh.
weeeee ~~ aku bersama saleha. kawan aku yang aku sayang..
dalam hati aku. aku rasa bersyukur sangat dapat satu kelas dengan dia lagi. lepas aku buat perangai tuhh. aku terus call dia guna no telephone rumah. berdebar2 nihh nak tanya. betul ke tak apa yang dia bagi tao aku nihh. aku memulakan perbualan..  
aku: heello.. assalammualaikum ?  
saleha: waalaikummussalam..  
aku: ehhh ! betul ke kita sama kelas ?  
saleha: betul syg. aku ade at skola nih. aku tengok list tuhh ade nama kau nan aku. huhu  
aku: kau biar betul ? abes ? aku kelas pe ?  
saleha: kelas B lah. sama dengan kita. :)  
aku: yeahhhhhhh !!!! ( menjerit dengan sekuat hati )  
saleha: (tergelak di hujung talian)  
aku: eyyy. sukanya akuuu !  
saleha:...  
aku: okelah. terima kasih. eshh. betul ke ni ? aku memang tak pecaya lahh.  
saleha: betul syg...  
aku: hehee. okelah. tengs. assalammualaikum..  
saleha: waalaikummussalam..  
"tttuuuuttttt"  
"yahoooooo !!!! nenekkkkkk ! pina naik kelas lahhh ! hehe." tulah ceritanya. tamat ! ^^.
just you and mee. siti saleha and arfa syafina

No comments:

Post a Comment