Siapa nak follow saya ? angkat kening. hehe. follow jee lahh.

Annyeong Chinggu ? Terima kasih kerana membaca blog pink saya ni :)

Saturday, November 27, 2010

Puteri Inderaloka Ku :) ( cerpen )

"saya mahukan 7 dulang dari pihak kamu!"
"7 dulang sahaja? kamu mahukan hantaran apa? hati nyamuk? hati kuman? air mata dara?"
"ini ada senarai barangan yang saya mahukan. bawa kepada raja kamu!"
panglima naruto menyambut sehelai sampul surat berukuran A4 yang bertaip ayat 'URUSAN RASMI NEGERI INDERA LOKA' itu. niat di hati mahu sahaja panglima naruto membuka sampul suarat itu, namun di halang oleh panglima korusuki. setelah mendengar segala arahan daripada puteri indera loka, rombongan panglima naruto meminta izin untuk pulang ke negerinya.
setelah setengah jam menaiki shuttle bas yang menjadi penghubung anatara negeri indera loka dan negeri indera sakti, akhirnya mereka berlapan tiba di hentian bas perkarangan istana raja daniel. tanpa berlengah, panglima naruto terus menghadap raja daniel untuk menyerah kan surat itu. raja daniel yang sedang menikmati nasi lemak kukus berlauk ayam goreng berempah hampir tercekik melihat sampul surat dari gadis pujaan yang sedang berada kejap dalam genggaman panglima naruto. dengan begitu rakus, raja daniel terus membuka sampul surat tersebut. dahi nya berkerut seribu melihat segala permintaan daripada puteri indera loka. panglima naruto yang sedang mencuri-curi makan ayam goreng berempah milik raja daniel hampir tesedak melihat raja daniel memandang tajam ke arahnya. 
"ehem.." panglima naruto membetulkan suaranya. kemudian sengaja menguatkan suaranya seakan-akan ingin memberitahu seisi istana permintaan puteri indera loka itu.
"saya puteri indera loka mahukan 7 dulang hantaran dari pihak raja daniel.. sila beri perhatian. 7 dulang perlu terisi sebentuk cincin belah rotan, bendahara dotaemon, panglima korusuki, laksamana conan, biskut almond london, senaskah diari milik raja daniel tanpa di edit dan dodol buatan tangan raja daniel yang di kacau dalam kawah selama sehari semalam" panglima naruto turut mngerutkan dahinya, seterusnya dia menyambung isi surat itu.
"tawaran terbuka sehingga minggu depan, maklumat lanjut sila emailkan ke puteriinderaloka@yahoo.com. P.S kalau tak sudi, saya tak kisah."
panglima naruto memandang raja daniel. raja daniel hanya membisu memandang ke luar jendela, berkira-kira mahu manunaikan permintaan puteri indera loka yang tiada tandingannya daripada permintaan puteri gunung ledang kepada nenda datuknya suatu ketika dahulu.
"daniel!.. daniel!.. daniel!.. cepatlah bangun.. daniel!" tiba-tiba daniel merasakan pedih di hujung telinganya. daniel membuka mata, melihat uminya yang sedang menyinga di tepi katil, daniel terus bangun dan terpisat-pisat ke bilik air.
"mimpi rupanya.." bisik daniel perlahan. di dalam bilik air, daniel tersenyum sendirian mengenangkan  watak-watak kartun yang menjelmadi dalam mimpinya.

bersambung...
 enjoy lahh yee. :) sambungan nya. nanti aku ada masa nanti aku buat. oke ;) sorry lao tak bape cantek tulisan or tak bape sedap cerita nya. :)

No comments:

Post a Comment