Siapa nak follow saya ? angkat kening. hehe. follow jee lahh.

Annyeong Chinggu ? Terima kasih kerana membaca blog pink saya ni :)

Saturday, November 27, 2010

Puteri Inderaloka Ku ( sambungannya )

amira memandang sinis lelaki disebelahnya.'bisinglah!'. jeritnya perlahan. lelaki di sebelahnya buat-buat tidak faham. ruang dalam cyber cafe itu gamat dengan suara-suara pengunjung lelaki yang khusyuk bermain game online 'counter strike'.
 amoi penjaga kaunter juga geleng kepala dengan telatah pengunjung-pengunjungnya. tiba-tiba lelaki di sebelah amira menjerit keriangan.
"ala.. game je.. taklah hebat sangat!" balas amira perlahan.
"cik adik sayang.. game pun gamelah.. ade aku kisah?" balas lelaki itu,
"poyo!" balas amira.
"biarlah.. daripada kau, datang cc just nak layan facebook, myspace je.. bye.. layanlah myspace kau tu, abang tak layan benda-benda ni! bye sayang".. balas lelaki itu.
"sibuk!".. balas amira. amira memandang lelaki itu sehinggalah kelibat lelaki itu hilang di sebalik pintu cyber cafe.
sedang amira khusyuk melayan facebooknya, tiba-tiba telinganya tertangkap bunyi handfone, cepat-cepat amira melihat handfonenya. sangkaannya meleset apabila matanya terarah pada sebuah iphone di kerusi sebelahnya.'eh.. ni mesti budak poyo tu punye!' bisik amira pada dirinya.
setelah menunggu hampir sejam, mengharapkan pemilik iphone itu kembali, amira mengambil keputusan untuk beredar setelah kelibat yang di tunggu tidak juga kunjung tiba. malam itu, sedang amira melihat-lihat kecanggihan iphone tersebut, tak semena-mena iphone itu bergegar memberitahu satu panggilan menujah skrinnya.
"hello!" amira memulakan bicara.
"hello!.. siapa ni?. pulang balik phone akulah!"
"laa.. dahlah tak bagi salam!, kau nie mamat yang teruja main counter strike  tu kan?" tanya amira.
"ha.?.. ooo.. kau ni minah yang membebel sebelah aku tu ye ?" balas lelaki itu.
"iyelah!.. kalau tak di sebabkan hati aku yang mulia ni, iphone kau ni dah selamat dah.. kau nak aku pulangkan ke iphone ni? tak pun kau nak bagi aku terus?" amira menduga.
"gila kau.. sebulan aku tak makan nak dapatkan benda tu!". balas lelaki itu.
"nama kau apa?" tambah lelaki itu lagi.
"amira, kau?" tanya amira pula.
"daniel!" balas lelaki itu.
"bila kau nak iphone kau ni?" tanya amira.
"esok petang, kat cc  tadi.. aku tunggu kau ye.."
"okey.." balas amira.
"mira.. sayang kau!.. bye"
"gila!" balas amira. sejurus itu panggilan di tamatkan.

bersambung...

No comments:

Post a Comment