Siapa nak follow saya ? angkat kening. hehe. follow jee lahh.

Annyeong Chinggu ? Terima kasih kerana membaca blog pink saya ni :)

Sunday, November 28, 2010

Puteri Inderaloka Ku ( sambungannya )

petang itu, seperti yang dijanjikan daniel bertemu dengan amira di tempat yang dijanjikan. daniel kagum melihat wajah ayu milik amira seakan-akan wajah nyemah mulya yang menjadi cover novel 1515 karya faisal tehrani itu.
"daniel?" tanya amira. daniel hanya mengangguk seraya mengiyakan kata-kata amira itu.'semalam tak cantik macam hari ni'. bisik daniel dalam hati.
"ni, ambil balik iphone kau ni". amira menghulurkan iphone milik daniel itu.
"terima kasih ye". balas daniel.
"jom aku belanja kau makan KFC, nak ?" daniel mempelawa. dalam hati mengharapkan amira setuju. amira terdiam sambil mengangkat keningnya ala-ala the rock.'setujulah.. setujulah...' jerit daniel dalam hati.
"tak naklah!, aku tak kenal kau.. nanti kau jual aku pulak.." balas amira.
"apa?.. muka aku ada macam bapak ayam ke?" balas daniel hampir menjerit. dalam hati daniel.. kecewa!. tiba-tiba daniel teringatkan dua tin minuman yang masih berada dalam bungkusan di tangan kirinya. tanpa berfikir panjang, daniel menghulurkan setin milo kepada amira. amira buat muka seposen.
"ambillah! aku tak ada jampi apa-apalah.. nah!" daniel mengulurkan air tin itu kepada amira. untuk menjaga hati daniel, amira menyambut air tin yang dihulurkan. tanpa segan, daniel terus melabuhkan punggungnya di tepi longkang di hadapan cyber cafe itu. amira yang pada mulanya agak kaget, terus melabuhkan punggungnya di sebelah daniel.
" aku ajak kau makan kat KFC, tak nak.. tepi longkang nak pulak.. bagus betul.. saving!" aju daniel sambil tersenyum. amira hanya menjeling manja kearah daniel.'yes! amira.. sudi tak jadi girlfriend saya?' bisik daniel dalam hati.
"apa?" tanya amira tiba-tiba.
"ha? apa dia?" balas daniel pula.
"tadi kau cakap apa?" tanya amira lagi.
"tak ada apa.." balas daniel.
"kau buat apa sekarang?" tanya amira.
"aku tengah cakap dengan kau lah!" balas daniel.'ah.. sengal mamat ni!". bisik amira. jika daniel adalah adiknya, mahu di tariknya telinga daniel saat itu juga.
"oh.. maaf.. aku sekarang penganggur terhormat, baru selesai degree dalam electronic engineering dari UM, kau?" balas daniel sambil menatap wajah amira.
"aku baru sahaja tamat HND in electronic engineering dari KKTMPJ" jawab amira.
"KKTMPJ?.. bermakna selama ni kita berjiran lah ye!" tanya daniel teruja. amira hanya menganggukkan kepala.
setelah hampir setengah jam berbual dengan amira bersaksikan longkang di hadapan cyber cafe itu, daniel minta diri untuk pulang. tiba di rumah, daniel terus menghantar pesanan ke nombor hp milik amira, mahu meminta email untuk YM, taipnya di skrin iphonenya. namun di hati,'aku mahu kamu!' bisik daniel.
"tet..tet.."
satu sms menujah skrin iphone daniel, dengan penuh semangat daniel membaca segala isi sms itu, hinggalah matanya terarah pada satu alamat email puteriinderaloka@yahoo.com. mata daniel membutang melihatkan alamat email itu.

bersambung..

No comments:

Post a Comment