Siapa nak follow saya ? angkat kening. hehe. follow jee lahh.

Annyeong Chinggu ? Terima kasih kerana membaca blog pink saya ni :)

Thursday, December 2, 2010

Puteri Inderaloka Ku ( sambungannya )

lima bulan berlalu, kini hubungan daniel dan amira semakin akrab, keakraban mereka semakin terserlah semenjak mereka mendapat pekerjaan di tempat yang sama. secara kebetulan, mereka juga di letakkan di tempat yang sama dan pada shift yang sama.
 "sekejap!" arah daniel kepada amira sambil berlari ke arah sebuah kedai yang terdapat di dalam kilang itu. tidak lama kemudian, daniel kembali dengan membawa dua tin minuman.
"nah!"daniel menghulurkan setin air milo kepada amira.
"thanks!..nie aku sayang kau ni.." jawab amira ringkas. perkataan 'sayang' yang membuatkan daniel bagai di awangan.'aku syang kau juga amira!' jawab daniel dalam hati.
"jomlah.." ajak amira tatkala melihat daniel terpaku di tempatnya berdiri. daniel yang bagai baru terjaga dari mimpi, berlari-lari anak ke arah amira.
suatu petang yang sibuk, tiba-tiba daniel di panggil ke human resources department. amira mengekori langkah daniel dengan ekor mata.'kenapa ya? apa mamat ni dah buat.' bisik hati kecil amira. sejam kemudian, daniel kembali, tangan kirinya kejap memegang satu sampul surat bersaiz A4. tatkala daniel melihat amira, serta-merta daniel cuba menyembunyikan sampul surat yang berada di tangan kirinya di belakang jaket birunya. amira yang berasa curiga dengan sikap daniel saat itu, memandang daniel tajam, mengharap daniel berterus-terang.
"kenapa?" tanya amira.
"tak ada apa..aku biasa-biasa je" balas daniel.
"daniel..." amira seraya memujuk.'ni yang aku cair ni!' bisik hati kecil daniel.
"jom punch kad.. nanti aku belanja kau air tin!" daniel pula memujuk. amira membuntuti daniel. sampai saja di tempat parking, amira mula bertanya semula.
"oh!.. aku lupa.. sekejap ye" daniel berlalu masuk semula ke kawasan kilang. di pekakkannya sahaja telinga mendengar amira memanggil namanya. sepuluh minit kemudian, daniel kembali ke tempat parking sambil membimbit beg plastik yang mengandungi dua tin milo.
"nah!" daniel menghulurkan setin air milo kepada amira seperti lazimnya.amira mengambil air tin itu, buat-buat merajuk!. melihat wajah amira yang mencuka, daniel mula sebal.'nak aku pujuklah ni?' bisik daniel.
seperti biasa, daniel melabuhkan punggungnya di tepi longkang berhampiran keretanya. amira yang sudah masak dengan sikap daniel, turut melabuhkan punggung di sisi daniel.menunggu daniel memulakan bicara.
"aku di tugaskan ke jepun!" ringkas jawapan daniel.
"jepun?..wah..tahniah!.. aku bangga dengan kau" jawab amira
"bangga je?..kau tak sedih ke nak berpisah dengan aku?" daniel mula kecewa. amira mngerutkan dahinya. buat-buat tidak faham.'dia ni.. batu betul!' bisik daniel.
"banggalah..takkan nak berkabung pula!" balas amira seakan tiada perasaan.

bersambung....

No comments:

Post a Comment