sebulan telah berlalu selepas daniel bertolak ke jepun. amira rasa bagai ada yang hilang separuh dari hidupnya. 'amira rindukan daniel!' bisik hati kecil amira. amira memandang air tin milo ditangannya, tiba-tiba air mata amira gugur, 'daniel!'. ulang amira berkali-kali di dalam hatinya.
"kau ni amira ye?" tanya satu suara. amira terkejut dengan sapaan itu. amira menganggukkan kepala.
"aku ashraff, kawan dia.. air tin milo?" ashraff melihat air tin milo ditangan amira. amira hanya mengangguk.
"kau tahu kenapa dia selalu belikan kau setin milo?". amira hanya menggelingkan kepala.
"sebab, setiap kali dia memberikan air tin itu, makna tersiratnya 'Do you love me?', dan apabila kau menerimanya, pada daniel itu bermakna kau menjawab 'I do!', kau tak perasan selama ini?". amira agak tersentak mendengar kata-kata ashraff itu.
"aku tahu kau rindukan dia!. esok dia balik sini.. aku tak tahu flight pukul berape.. tapi rasanya petang.. kalau kau nak, petang esok kau boleh tunggu dia di KLIA. esok aku nak ambil dia.. mungkin kau boleh ikut?" pelawa ashraff. kata-kata ashraff bagi komet helly melintas di hadapan amira, dia amat teruja mendengar perkhabaran itu.
petang itu, di KLIA, amira setia menanti daniel di pintu balai ketibaan. hampir sejam amira setia berdiri di tepi pintu itu, namun kelibat insan yang dinantinya tidak juga kunjung tiba. 'daniel.. mana daniel ni, daniel.. hari ni 15 september, birthday amira! daniel kat mana?' bisik hati kecil amira.
"milo?' tiba-tiba telihat tangan memegang setin milo muncul di hadapannya. amira berpaling, memastikan pemilik tangan itu. amira tersenyum melihat daniel di belakangnya. amira kehilangan kata-kata.
"nah!" daniel menghulurkan tin berwarna hijau itu. amira meyambut dengan tersenyum.
"Happy Birthday ke 23!" daniel menghulurkan pula patung Doraemon kepada amira.
"Doraemon?" amira memandang daniel pelik bercampur terharu.
"kerana kau Puteri Indera Loka aku!" jawab daniel.

Tamat :)

No comments:
Post a Comment