Siapa nak follow saya ? angkat kening. hehe. follow jee lahh.

Annyeong Chinggu ? Terima kasih kerana membaca blog pink saya ni :)

Thursday, May 19, 2011

Persahabatan Tiada Penghujungnya ^_^

Assalammualaikum and salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca belogg 'Pink' aku ni .

Arfa with Saleha . Sarangheyy ;)
Kehh , sambung tajuk kat atas tuu .
Kata orang , sahabat sejati adalah sahabat yang akan kekal bersama . Tidak kira di kala susah atau senang , dia akan sentiasa di sisi menemani korang . Dalam persahabatan pastinya korang mengharapkan kawan yang kekal buat selama-lamanya kan ? Tapi , bukan senang nak dapat sahabat yang betul-betul sejati . Jom lihat ciri-ciri di bawah ini dan adakah kengkawan korang memiliki ciri-ciri tersebut :

1. Tidak mementingkan diri sendiri .
->Sahabat sejati bukan jee hanya bersama di kala gembira tetapi jugak di saat kawannya di dalam kesusahan . Dia tak sanggup melihat korang menanggung beban sendirian .

2. Suka membantu dalam kesusahan .
->Susah sebenarnya nak jadik kawan yang sanggup ketawa dan menangis bersama . Sahabat yang baik sanggup mengorbankan kepentingan dirinya semata-mata untuk korang .

3. Ikhlas .
->Sahabat sejati akan ikhlas dalam setiap yang dilakukan tanpa mengharapkan sebarang balasan .

4. Sering bersama .
->Ke mana je korang pergi , dia tetap bersama di sisi . Malah , korang berdua berkongsi hobi dan perkara yang sama .

5. Mesra dan memahami .
->Mesra membawa bahagia . Sikap kawan korang yang mudah mesra membuatkan korang selesa untuk bersamanya . Walaupun , ketika dilanda kesedihan , dia tetap layan korang dengan baik . Korang boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan olehnya dengan hati terbuka .

6. Sentiasa positif .
-> Sahabat sejati akan sentiasa mengajak korang untuk berfikir dan melakukan perkara-perkara yang positif . Baginya tiada guna untuk menjadi seorang baik jika tak mampu nak membimbing sahabat ke jalan yang betul .

Ciri-ciri kawan yang baik :)

1. Adil

2. Sentiasa ceria

3. Prihatin

4. Jujur

5. Amanah

6. Bijak

7. Tidak meninggalkan solat

8. Rajin

Tak lame lagi befday dia , wahhh !
Tak lame lagi nak Pemm-emm-arr , Fuhh-yohh !
(-..-)

POGOSHIPAMYBUDAKOREA !

Akhirnya , dia turun kan rambut dia tuu . Wehee~
(^_^)

2 comments: